Novel akan saya di ILHAM

Novel akan saya di ILHAM
Klik pada banner untuk ke sana

Followers

@melarik enigma |

July 06, 2013

Srikandi vs Arjuna Bab 1

 “DAMN new semester!” Keluh Deja lalu menarik kerusi dan duduk secara terbalik.

Kedua-dua belah tangannya diletakkan di atas tempat sandar sambil jari-jemarinya bergendang irama yang tidak tentu  arah.

“Jangan mengeluh, Dej!” Elliot memberikan amaran. “Kita harus tempuhi dua tahun lagi before graduating!”

Deja terus juga mengeluh.

“Kalau engkau tak suka belajar, kenapa engkau masuk ‘U’ dulu?” Sheba mencuit lengan Deja.

“Sebab mak bapak aku suruh. Lagipun untuk masa depan aku juga.”
“Ha…tau tak pe. Kalau dah macam tu, kenapa harus mengeluh pula?”
Elliot merenung wajah gadis yang berambut pendek ala komando itu.

“Aku mengeluh sebab boring. I wish something very different and exciting will happen this year. Kalau tak….” Deja menggeleng kepala.

“Eh…by the way, mana si Ridd hah? Tadi aku nampak dia bukan main sibuk ke hulu ke hilir dengan Tuan Director tu….”

“Tak payah risau. Itu pun dia!”

Semua menoleh ke arah pintu kafeteria.

Wajah nakal Ridd muncul. Macam biasa…selalu tersengih. “Girls…I’ve a very big problem!”
“Aik? Ada problem pun masih boleh tersengih?” Deja menolak kerusi dengan kakinya. Ridd terus menyambut kerusi itu dan duduk.

“What’s the problem, babe?” Elliot mula serius.

Ridd tidak menjawab. Dia masih lagi tersengih. “I’m not sure sama ada ini problem atau rahmat. But…aku kena lantik jadi deputy director untuk tournament akan datang!”

Buat seketika, mereka semua terdiam sambil memandang sesama sendiri sebelum menyerbu ke arah Ridd; menjerit.

“Tahniah, Ridd!”
“Polish your reputation!”
“Cayalah, babe!”
“Mampus engkau sebab banyak kerja.”
“Jangan jealous, Sheb!”

BIDEN menoleh ke belakang sebelum memandang Rosman. “Siapa bebudak riuh tu?” Sejak melangkahkan kaki masuk ke kafeteria, suasana yang sedia hingar itu dipikukkan pula oleh keriuhan tiga, dan sekarang empat, orang gadis yang langsung tidak mempedulikan ketenangan orang lain.

Rosman yang turut terganggu juga telah berpusing 190 darjah menghadap empat orang gadis yang dimaksudkan oleh Biden.

“Budak pakai jaket kulit hitam yang rambut panjang lurus paras bahu namanya Khadija. Tapi geng dia panggil Deja. Ada tali pinggang taekwondo warna biru, minat muzik metal. Ganas mengalahkan jantan. Selalu jadi mastermind projek gila. Student Economics.”

“Yang rambut macam mat terap tuh, namanya Elliot. Nama dalam kad pengenalan Norlaili. Bakal jadi komander UWB Task Force. Dia ni cool tapi kadang-kadang sinis. Minah alternatif rock ni budak Management.”

“Dia ni memang tak lepas daripada iMac notebook dia. Sheba ni ganas juga kadang-kadang terutama kalau dia dah mengamuk. Budak lasak ni ambil course Computer Science. Dengar khabar dia tu hacker. Tapi tak tahulah. Nama dalam kad matrik Nurshuhaibah.”

“Yang sorang tu lebih brutal. Dalam group tu walaupun dia paling nakal, selalu terlepas hukuman disiplin. Nama dia Zarida tapi lebih dikenali sebagai Ridd. Student Management. Dia satu team dengan Deja dalam taekwondo dan salah seorang fighter UWB.”

Biden menggaru kepala yang tiba-tiba gatal. “Mak ai! Ganas-ganas minah-minah ni. Tahun berapa tu?” Dahinya pula berkerut memandang gadis-gadis itu yang sedang bertukar tepuk tampar gurauan kasar.
“Second year. Senior kita!” Jawab Rosman dengan suara perlahan. Harap-harap laluannya tidak bersilang dengan kakak-kakak senior yang ganas itu. Dengar khabar mereka juga hebat sebagai ‘pendera’ pelajar baharu. Malah pelajar tahun tiga dan empat pun tidak seberani mereka.

RIDD tersentak. Cawan kertas di tangannya hampir terlepas. Folder plastik kulit keras yang diletakkan dengan kasar oleh Zaihan benar-benar memeranjatkannya.

“Baca ni! Kalau engkau setuju dengan usul aku, sign. Kalau tak, komen. Petang ni aku nak. No delay!” Pelajar undang-undang tahun akhir itu terus beredar. Ridd tercengang. Elliot yang berada di hadapannya turut terpempan. Hampir hendak tersembur kuih tepung talam yang penuh di dalam mulutnya.

“Habislah engkau, Ridd.” Leni yang lalu di tepi meja mereka berhenti sebentar untuk menepuk bahu Ridd sebelum berlalu pergi. “Selamat menjalankan tugas.”

Rupa-rupanya ucapan ‘selamat’ itu tidak berhenti di situ sahaja. Beberapa orang pelajar lain yang turut menyaksikan adegan itu tadi turut memberikan kata-kata dorongan kepada Ridd. Sheba dan Deja yang baru masuk ke kafeteria hanya tercegat di situ. Selepas pelajar-pelajar yang hampir sedozen bilangannya itu melintasi mereka, barulah mereka berdua menghampiri Ridd dan Elliot.

“Apahal tu? Salute untuk apa?” Deja duduk seperti gaya biasanya; duduk dengan kerusi terbalik. Sheba pula menongkatkan sebelah kakinya di atas kerusi.

Elliot memandang Ridd yang sedang menyelak usul yang terkandung di dalam fail berwarna jingga itu. “Nampaknya Zaihan dah lancarkan perang antiwanitanya.”

“O...o....” Deja membuat bunyi seakan-akan siri kanak-kanak Teletubbies diiringi oleh gelengan kepala.

“Be careful,” bisiknya sakan-akan meniru suara hantu, cuba menakut-nakutkan Ridd.

Ridd cuma mencebik sebelum menolak fail itu jauh-jauh. Tanpa mempedulikan usikan rakan-rakannya, dia menyuap mi bandung dengan lahap.


No comments:

Post a Comment