Novel akan saya di ILHAM

Novel akan saya di ILHAM
Klik pada banner untuk ke sana

Followers

@melarik enigma |

July 11, 2013

Srikandi vs Arjuna Bab 3

DEJA, Elliot dan Sheba memandang Ridd. Semua menanti penjelasan daripadanya. Ridd tersenyum penuh muslihat.

“Aku ada misi utama nak takluk hati BHK yang sekeras batu itu. Lepas tu aku nak lanyak perasaan dia biar sampai dia tertonggeng merana! Pabila kasih terpateri, aku akan leburkan kasih tu sebagaimana besi dicairkan. No more petrified iron!” Rancangan Ridd itu benar-benar di luar dugaan.

            Dahi Sheba berkerut. “Dooh...! Mana ada petrified iron. Petrified wood ada lah. Lagipun kenapa engkau sanggup gadaikan perasaan engkau sendiri semata-mata nak balas dendam? Kalau ikut cara aku, kita ambush dia dan bantai dia cukup-cukup.” Sheba menumbuk tapak tangannya. Cara itu lagi mudah dilaksanakan. Boleh melepaskan geram yang tersimpul di hati selama ini terhadap lelaki itu. “Aku akan sediakan kayu hoki aku.”


            “No...no...no!” Elliot menggeleng kepala. “Cara engkau tu memang brutal. Tapi rancangan aku extraordinary brutal.” Elliot menggosok kedua-dua belah tapak tangannya sebelum menyambung. “Kita kidnapped dia. Lepas tu ikat dia kat pokok. Tapi sebelum tu, undressed dia. Biaq pakai short atau seluar kecik aje. Lepas tu, amik semut api atau kerengga, tabur kat badan dia. Baru sadissssssss!” Elliot tersengih puas hati.

            “Nope! Belum cukup brutal lagi.” Kali ini Deja pula yang menyangkal. “Cara aku lebih sadis...Gini, kita culik dia juga. Tapi kali ni kita masukkan dia ke dalam kotak macam keranda. Kita cari cacing pon pon, lipas, katak, ulat gonggok dan kutu babi, taburkan atas badan dia sebelum tutup kotak tu. Biarkan dia semalaman. Pasti hasilnya....lagi sadis!”

            Deja, Elliot dan Sheba yang sudah mempamerkan wajah nakal memandang Ridd untuk memberi kata putus.

Ridd tersenyum. “Tak sadis lagi plan korang tu. Tapi cadangan bernas tu kita simpan dalam fail kita. Mungkin ada gunanya nanti.”  Dia menolak mentah-mentah rancangan rakan-rakannya.

            “Abis...engkau nak buat apa?” Deja tidak berpuas hati kerana Ridd langsung tidak bersetuju dengan rancangan hebat mereka. Malah menolaknya bulat-bulat tanpa pertimbangan.

            “Macam aku kata tadi. Permainan hati dan perasaan ni adalah yang paling hebat. Silap hari bulan, dia boleh bunuh diri tau sebab terlalu merana.”            

            “Okey...kalau itu yang engkau betul-betul nak buat. Tapi macam mana engkau nak takluk hati dia yang keras macam kerikil tu? Si Kelly gedik cheerleader tu pun kandas nak ngorat dia...apatah lagi engkau yang brutal ni.” Elliot meneliti Ridd dari atas hingga ke bawah. Hari itu Ridd hanya memakai baju t Adidas yang longgar berserta seluar jean lusuh. Selekeh dan langsung tidak ayu jelita! “We...I mean you are not ladylike at all. Kitakan dah berjanji nak kekalkan kebrutalan sampai grad nanti.”

            Ridd gelak jahat yang dibuat-buat mendengar kata-kata Elliot. “Mungkin taste si BHK tu bukan yang macam si Kelly yang seksi tu. Si Anom yang bertudung litup tu pun tak berjaya nak pikat dia. Maknanya cita rasa dia bukan yang seksi dan bukan yang alim. Tapi yang boleh mencabar kedudukan dia. Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah!”

            “So...engkau yakin yang engkau boleh setanding dengan dia?” Sinis suara Deja mencabar.

Ridd tersenyum penuh keyakinan. “You know me....Apa yang aku nak pasti jadi kenyataan!” Ridd mencapai failnya. “Aku ada meeting. Ciao dulu!” Ridd meletakkan skateboard ke atas lantai sebelum meluncur laju meninggalkan rakan-rakannya yang terlopong di Dataran Siswa.

            “Ridd ni dah gila agaknya. Apalah si BHK tu dah buat pada dia masa terperangkap dalam stor hari tu?” Elliot menggaru kepalanya.

“Tak pernah aku tengok dia nekad macam ni.” Sheba turut menyuarakan kebimbangannya. “Kita kena rancang contingency plan. Manalah tau kalau-kalau projek dia backfire pula.” Deja menyarankan kemudian.

Sheba dan Elliot mengangguk kepala bersetuju. Maka mereka pun sama-sama memerah otak memikirkan rancangan keselamatan sekiranya Ridd menghadapi kesukaran menjalankan misinya yang nyata bersifat kamikaze.

HARI pertandingan tinggal sehari. Persiapan terakhir sedang lancar berjalan. Pada waktu itu, Ridd sesaat pun tidak membiarkan dirinya berjauhan daripada Zaihan. Macam magnet pula. Mana Zaihan pergi, dia akan ikut. Bila Zaihan beri arahan, dia akan tersenyum sebelum akur. Malah stail berpakaiannya juga agak feminin kebelakangan ini. Tiada lagi skateboard, tiada lagi jean lusuh, tiada lagi baju t longgar mahupun cap terbalik. Kini dia cuma berseluar slack atau couldroy, kemeja atau baju t biasa. Atur langkahnya juga sudah ayu. Tidak melangkah panjang dan tergesa-gesa seperti dahulu. Sesungguhnya misi balas dendam yang diatur sudah bermula. Ridd tidak mahu kalah dalam pertarungan ini. Dia mahu pastikan Zaihan melutut kepadanya sambil berendam air mata!

            “Ada apa-apa lagi yang engkau mahu?” Ridd merenung tepat ke mata Zaihan.

“Tak ada!” Suara Zaihan keras seperti selalunya. Sejak akhir-akhir ini keadaannya bertambah tertekan, sejak Ridd berani menentang anak matanya.

Well...kalau ada apa-apa, just call. I’ll be with you in just a milisecond.” Ridd tersenyum manis sebelum beredar.

Berdiri bulu tengkuk Zaihan melihat tingkah laku Ridd yang nyata luar biasa. Mimpi apa perempuan ni? Agaknya bahagian anterior pada frontal lobe dia dah cedera kot selepas lawan dengan aku tempoh hari. Lantak engkau. Asal jangan ganggu aku cukup. Gilalah engkau sorang-sorang.

            ZAIHAN berhenti melangkah secara mengejut. Ridd yang rapat mengekori, tidak sempat menekan brek kaki lantas berlaga dengannya. Pantas Zaihan berpusing 180 darjah berhadapan dengan Ridd.

“Kenapa engkau ikut aku ke mana sahaja aku pergi ni?” Sejak perlawanan bermula semalam, Ridd tidak pernah berenggang dengannya. Macam kembar siam pula.

            “Deputy Director mesti melekat bagaikan gam dengan Director. Nanti kalau ada apa-apa berlaku, kan senang nak selesaikan.” Wajah kacak Zaihan ditenungnya seperti biasa, tanpa berkelip.

            “Aku tak perlukan bantuan engkau. I can handle everything by myself!” Zaihan berkata dengan angkuh.
            “Aku pun tak pernah perlukan engkau. Tapi tournament ni yang perlukan kerjasama kita berdua.” Ridd melintasi Zaihan. Beberapa langkah kemudian, dia berpaling.

            “Mengapa tercegat lagi di situ? Nak tunggu aku bentangkan permaidani merah? Lepas ni kan turn engkau lawan.” Tanpa menanti reaksi Zaihan, Ridd terus berpatah balik dan menarik lengan baju pemuda itu menuju ke belakang dewan, tempat di mana pasukan UWB berkumpul. Tanpa membalas, Zaihan menurut dengan langkah yang berat dan lambat seperti budak kecil diseret pulang dari taman permainan.

            ZAIHAN melemparkan vest ke atas lantai sebelum terduduk kepenatan. Kepalanya masih pening dek tendangan lawan tadi. Tetapi mujur dia dapat bertahan dan berjaya mengalahkan fighter daripada KL Team itu.

            “Tahniah!” Sehelai tuala kecil dilemparkan ke wajahnya. Zaihan mengeluh berat sebaik sahaja terpandang Ridd.

            “Apa engkau buat di sini? Tak ada tempat lain ke engkau nak pergi?”

Ridd duduk melutut di sisi Zaihan. Peti kecemasan yang dibawa bersamanya dibuka.

            “Engkau cedera.” Ridd membawa keluar kapas gumba untuk mengesat darah yang mengalir keluar dari hidung Zaihan.

            “Teruk juga engkau kena belasah dengan budak Afrika tu. Nasib baik tak jadi sayur. Sebab tu arwah nenek aku pesan supaya jangan jadi fighter. Malangnya aku ni keras kepala tak nak dengar cakap dia. Kalaulah....”

            Zaihan menepis kasar tangan Ridd. “Berhenti membebel dan keluar dari sini! Aku tak perlukan bantuan engkau!” Jerkahnya kasar.

Perlahan-lahan Ridd bangun. Matanya tidak lepas-lepas menatap wajah Zaihan yang merah padam dibakar api kemarahan membuak.

            “Kasihan engkau.” Ridd tersenyum simpati yang dibuat-buat. “Engkau tak akan mati hanya dengan sentuhan perempuan pada kulit engkau. Tetapi engkau akan mati bila hati engkau disentuh oleh seorang perempuan.” Ridd memberikan amaran. Kapas gumba di tangannya dicampak ke lantai; melepaskan segala kemarahannya yang turut terbuku di situ. “Awas Zaihan, dengan sentuhan wanita!” Tanpa menoleh langsung ke belakang Ridd terus keluar.

            “Damn!” Zaihan menumbuk lantai. Apa dah jadi dengan perempuan gila tu? Tak habis-habis nak menyusahkan hidup aku. Ah! Perempuan! Sama sahaja. Menyusahkan. Pembawa masalah. Siaplah engkau perempuan gila. Tahulah aku macam mana nak ajar engkau. Jangan ingat mudah nak tewaskan hati seorang lelaki!

            Zaihan berazam mahu memberi pengajaran kepada Ridd supaya jangan mempermainkan ego dan kesabaran seorang lelaki.

            DEJA mengetatkan ikatan tali pinggangnya.

“Woi! Master Mooi tak datang.” Dia menghampiri Ridd yang sedang mengemaskan ikatan rambutnya yang telah panjang melepasi paras bahu. Wajah Deja berkerut. Sejak bila pula Ridd berambut panjang?

            “Engkau tak mahu potong rambut? Panjang sangat dah ni,” tegur Deja yang baru sahaja memotong pendek rambutnya pagi tadi.

            “Misi aku memerlukan aku berambut panjang.” Ridd mengangkat keningnya.

Deja cuma menggeleng kepala. Belum sempat dia hendak bersuara lagi, dia terpandang Zaihan yang sudah pun berada di gelanggang latihan.

            “Siap sedia nak kena buli dengan si BHK tu.” Deja melagakan gigi memberikan amaran. Jika jurulatih mereka tidak datang, ahli pasukan yang senior akan membimbing sesi latihan malam itu. Antara ahli pasukan yang senior ialah Zaihan!

            Tidak lama selepas dia berkata begitu, terdengar arahan diberikan supaya mereka mengambil tempat masing-masing untuk memulakan acara memanaskan badan. Malam itu seramai 20 orang ahli kelab hadir mengikuti latihan. Senaman dimulakan dengan berlari di keliling garisan sempadan gelanggang bola keranjang. Sepuluh kali pusingan dengan pelbagai cara; lari ke depan, lari secara mengiring, lari berundur ke belakang. Selepas selesai berlari-lari, mereka diarah melakukan push-up sebanyak 30 kali.

“20...21...22....”

Sepasang kaki berhenti di hadapan Ridd. Ridd tidak perlu mengangkat kepala untuk mengenal pasti tuan punya kaki itu.

“Laju sikit. Apa ni? Lembik aje? Tak makan sepuluh hari ke?”

Tanpa mempedulikan sikap Zaihan yang memperlekehkan kemampuannya, Ridd meneruskan rutinnya walaupun dia sudah kepenatan.

“28...29...30! Up!”

Ridd bangun dengan lega. Zaihan masih berdiri tegak di hadapannya.

“Kalau tak mampu buat, jangan jadi fighter!” Dia memberikan amaran dengan wajah yang serius. Kemudian dia berpaling dan memberikan arahan seterusnya kepada pelatih yang kepenatan.“Jog! Sideways, hands up! Ten rounds!”

Mereka terpaksa berlari lagi walaupun kaki sudah macam jeli tidak mampu menampung diri sendiri.
“Aaahhh!” Deja menjerit melepaskan penat.

“Dia tu dah tak betul ke? Nak bunuh orang!” Tercungap-cungap dia sewaktu berselisih dengan Ridd. Sepuluh minit kemudian, arahan seterusnya diberikan.

Stop!” Deja dan Ridd bersama beberapa orang ahli lain terbaring di atas lantai, kepenatan. Dada mereka rasa bagai nak pecah. Pedih dan perit bercampur aduk. Tekak pula kering bak dilanda kemarau.

“Ridd...aku...nak...pengsan,” kata Deja termengah-mengah. Ridd cuba mengawal nafasnya yang turun naik.

“Relaks, Dej. One day...kita balas balik kekejaman dia.” Ridd terbatuk-batuk sambil tertiarap di atas lantai. Perit dadanya. Kembang kuncup paru-parunya mengepam oksigen.

“Hoi! Siapa suruh baring? Bangun!” Zaihan sudah pun berdiri di hadapan mereka. Dia nampak begitu tinggi. Dan Ridd rasa tidak selesa kerana nampak macam Zaihan lebih berkuasa. Dia segera bangun. Tangan Deja ditariknya.

Lets go, Dej. Nanti kapten naik angin!” Dengan lemah, Deja mengekori Ridd masuk semula ke dalam barisan. Dalam hati dia menyumpah Zaihan. Rasa macam nak terajang pun ada.

HAFEEZ memandang Ridd dengan tidak percaya. Biar betul awek brutal ni? Betul ke dia nak tahu segala-galanya mengenai Zaihan? Beranikah dia berhadapan dengan kemarahan pemuda itu? Tapi kenapa tiba-tiba Ridd mahukan maklumat rahsia itu?

“Jangan pandang aku macam tu, Feez. Aku bukan hidangan makan malam engkau. Cepat bagi tahu. Engkau kan rapat dengan dia.” Ridd lekas menggesa, takut Hafez berubah fikiran. Waktu itu hanya mereka berdua berada di tepi sungai. Keadaan petang yang suram menyebabkan mereka terlindung daripada pandangan sesiapa. Ridd perlu tahu cerita sebenar mengenai Zaihan jika mahu menewaskan pemuda itu. Dia perlu tahu apakah kelemahannya. Bagi mendapatkan maklumat itu, dia akan sanggup menipu Hafeez.

I’m sorry. Aku tak dapat nak tolong engkau.”

Jawapan Hafeez mengecewakan Ridd. Namun dia tetap tidak berputus asa selagi niatnya tidak kesampaian.

Come on, Feez. Engkau tak nak tengok dia berubah jadi manusia biasa ke? Kita sebagai kawan, mesti bantu dia atasi semua masalah dia.” Ridd mengumpan, memasang jerat dengan wajah simpati. Tidak sia-sia dia mencuri-curi masuk ke dalam kelas Psychology of Personality.

“Apa muslihat engkau sebenarnya, Zarida?” Hafeez mengesyaki sesuatu. Dia tahu selama ini perhubungan antara Ridd dengan Zaihan bukan begitu baik. Mereka selalu berselisih pendapat dan bertegang urat. Lagak seperti Amerika dan Iraq.

“Aku dah bosan melihat sikap dia yang terlalu benci perempuan tu. Ramai yang dah sakit hati dengan sikap dia, tau tak. Dia perlukan pengajaran.”

“Jadi engkau nak balas dendam, ya?”

Ridd berfikir seketika sebelum menjawab. “Tak juga.” Dia menafikan telahan Hafeez yang sememangnya tepat. “Aku cuma nak tahu kenapa dia berperangai begitu. Senang nak tolong pulihkan dia kalau kita tahu punca sebenar sikap dia yang keterlaluan tu.”

“Ikhlaskah niat engkau ni atau engkau ada rancangan lain?” Hafeez nampaknya masih mencurigai niat Ridd.

Ridd tahu dia perlu mengatur ayat yang lebih meyakinkan untuk mendapatkan kepercayaan Hafeez.

“Terpulang pada engkau sama ada nak percaya dengan niat aku ni. Tapi kalau engkau mengaku sebagai sahabat baik dia, tentu engkau mahu lihat dia berubah menjadi normal. Sebagai sahabat aku rasa engkau patut bantu dia atasi perasaan fobia dia dengan apa cara sekali pun. Walaupun terpaksa melakukannya secara sembunyi-sembunyi.”

Hafeez merenung Ridd. Seolah-olah cuba membaca fikiran yang terkandung di dalam otak gadis itu. Lama dia berfikir. “I hope you are right on this kerana aku tak mahu dia ditimpa kesusahan selepas aku ceritakan pada engkau mengenai latar belakang hidup dia.”

Ridd tersenyum kemenangan. Fasa satu projeknya sedang bermula.


MACAM mana progress plan engkau? Dah sampai tahap mana?” Elliot memandang Ridd yang sedang mengemaskan pakaiannya. Sebentar lagi dia akan bertolak ke Taman Rimba Congkak untuk bersama ahli-ahli TKDC bagi menyertai  program motivasi. Deja pun ikut sama.

“Hati dia keras macam Tembok China,” rungut Ridd setelah mengenakan zip beg Karimou miliknya. “Tapi aku yakin boleh hancurkan tebing keegoannya.”

“Hati-hati. Engkau nampaknya sedang bermain dengan gunung berapi tidur. Sekali dia meletup, rangup engkau.” Elliot memberi peringatan.

Don’t worry, Ell. Ini aku...Ridd the Great. Dia yang tersembam nanti. Engkau tengoklah!” Ridd begitu yakin tanpa memikirkan akibatnya. Juga tanpa mempedulikan kedudukannya yang sebenar. Apa yang penting ialah membalas dendam sakit hatinya kerana dilayan seperti warga kelas kedua oleh jejaka ego itu.

KENAPA engkau ekori aku lagi?” Sergahan mengejut itu membuatkan Ridd melompat.

“Gugur jantung aku. Kus semangat.” Ridd mengurut dadanya. Renungan tajam Zaihan menikam tepat ke wajahnya.

“Engkau buat apa di sini?” Zaihan perasan, sejak dia meninggalkan kawasan kem, gadis itu secara sembunyi-sembunyi telah mengekorinya. Pada mulanya dia tidak mengendahkan kelakuan gadis itu. Tetapi lama-kelamaan jarak mereka semakin hampir dan jelas Ridd memang sengaja mengekorinya.

“Jalan-jalan,” jawab Ridd dengan selamba. Dia meninjau ke sana ke mari; buat-buat tidak reti maksud pertanyaan Zaihan itu.

“Jangan nak bohong. Engkau ekori aku, kan?” herdik Zaihan.

Ridd pura-pura tersentak. Ranting kecil di tangannya sengaja dijatuhkan. Kononnya terperanjat mendengar herdikan itu.

“Uii...Garangnya engkau! Kenapa engkau asyik nak mengamuk aje? Menopaus ke? Cuba bawa bersabar sikit. Boleh kena heart attack tau kalau selalu stress.”

Hati Zaihan semakin panas mendengar ayat selamba yang diluahkan oleh Ridd. Dia bengang dengan sikap Ridd yang sengaja mencari fasal dengannya. Entah apakah motif Ridd bersikap begitu. Selama ini nampak sahaja kelibatnya, budak kasar itu lari lintang pukang; mengelak untuk bersemuka. Tetapi sejak akhir-akhir ini, melekat bagaikan gam pula.

“Apa helah engkau kali ni, hah?” Zaihan bercekak pinggang. Inilah masa yang sesuai untuk bersoal jawab dengan Ridd. Sudah tiba masanya dia menamatkan ‘permainan’ itu.

“Helah? Helah apa?” Ridd pura-pura bingung.

“Jangan buat tak tau pulak.” Zaihan memperli. Matanya mencerlung ke arah Ridd bagaikan helang menghendap mangsa.

Dahi Ridd berkerut. “Memang aku tak tau. Tak kan nak pura-pura tau pula.”

Sikap Ridd yang berdolak-dalik itu menguji tahap kesabaran Zaihan. Lantas lengan Ridd disentapnya. “Beritahu aku kenapa sejak akhir-akhir ni engkau jadi penyibuk. Ke mana sahaja aku pergi, muka engkau mesti ada. Mesti engkau sedang rancang sesuatu, kan?”

Ridd cuba melepaskan lengannya. “Apa main tarik-tarik tangan ni? Tak malu pegang tangan perempuan?”

“Engkau ni suka sangat berdalih. Jangan buat aku hilang sabar!”

Zaihan semakin bengang. “Tak serik-serik lagi ke kena tendang macam hari tu?” Cengkamannya pada lengan Ridd semakin kejap hingga benar-benar menyakiti gadis itu.

“Engkau ni kan...perlukan attitude adjustment tau. Tak tau langsung nak layan perempuan. Engkau ingat kami ni second class citizen?”

Kali ini Zaihan pula yang diserang kebingungan. “Apa yang engkau merepek ni, hah?”

“Pura-pura tak tau konon.” Ridd memulangkan paku buah keras.

 “Eh perempuan! Kalau dah gila tu, jangan ajak orang lain jadi gila juga!”

“Siapa yang gila? Aku ke engkau? Setahu aku orang waras tak layan orang lain macam ni!”
Zaihan semakin pening kepala dibuat Ridd. Begitu licik sekali gadis itu mematahkan bicaranya.

“Berhenti merepek, Okey? Apa sebenarnya yang engkau mahu, hah? Duit? Glamour?”

Ridd ketawa mengejek. “Apa? Engkau ingat semua perempuan atas dunia ni gilakan duit? Gilakan glamour? Wake up, man! Cuma perempuan dalam dunia khayalan engkau saja yang begitu!”

“Memang sah engkau ni dah gila!” Cemuh Zaihan dengan marah. “Aku punya fasallah nak cakap apa tentang perempuan. Engkau peduli apa!”

“Aku memang peduli sebab engkau banyak menyusahkan aku. Engkau ingat sebab muka engkau tu handsome, engkau boleh layan orang lain macam sampah?” Kali ini Ridd pula yang menjerkah. Selama ini Ridd memang bersabar dengan karenah Zaihan yang melampau. Pada petang yang aman itu dia akan luahkan segala ketidakpuasan hatinya. Biar lepas segala-galanya.

“Perempuan tak sedar diri macam engkau ni dan juga mana-mana perempuan memang tak layak dapat layanan baik. Kamu semua menyusahkan hidup aje. Lebih baik pergi mampus semuanya!”

Ridd mengetap gigi menahan marah. “Amboi sedapnya mulut engkau berkata-kata...kalau tak kerana perempuan yang mengandungkan engkau sembilan bulan sepuluh hari, engkau tak akan tengok dunia ni, tau tak?”

“Itu memang dah tugas hakiki perempuan. Tak perlu dipersoalkan lagi. Tak kira apa pun alasan engkau, bagi aku perempuan memang tak guna! Menyusahkan! Sundal!”

Zaihan melepaskan tangan Ridd dengan kasar.

“Mulut engkau ni...memang tak ada insurans langsung!” cemuh Ridd, marah. Inilah masa yang sesuai untuk Ridd melaksanakan misinya. Dengan suara yang sinis dan renungan tajam, Ridd meluahkan rahsia yang berjaya digalinya daripada Hafeez semalam.

“Tak kan kerana perbuatan ibu engkau seorang, engkau libatkan semua perempuan?” Kata-kata Ridd membuatkan Zaihan terdiam, lama. “Kucing dah makan lidah engkau? Kenapa senyap?” perli Ridd sambil berpeluk tubuh memandang pemuda yang terdiam kaku di hadapannya.

“Kesian aku tengok engkau ni. Kerana nila setitik, habis engkau stereotaip semua perempuan sebagai jahat. Engkau perlu ingat, tak semua perempuan dalam dunia ni bersikap seperti ibu engkau. Engkau tak boleh samakan apa yang dia buat, perempuan lain juga buat. Engkau....”

“Perempuan! Engkau dah melampau!” Suara Zaihan berbaur kemarahan. Dia mara ke arah Ridd. Ridd yang pada mulanya memperlekehkan kemarahan Zaihan, mula panik apabila melihat wajah pemuda itu merah padam menahan marah. Dia berundur perlahan-lahan sambil berjaga-jaga menanti serangan pemuda itu. “Kalau dah perempuan tu, perempuan juga! Kejam! Curang! Penipu! Pengikis! Pembunuh!”

Ridd tahu kata-kata itu bukan ditujukan khas kepadanya. Kerana sifat dendam dan benci yang telah membusung di hatinya, Zaihan fikir semua perempuan sama seperti ibunya. Timbul kekesalan di hati Ridd. Dia tidak sepatutnya menghidupkan kemarahan Zaihan dengan mengingatkannya tentang perbuatan ibunya. Tetapi nasi sudah menjadi bubur. Dia sendiri yang menempa nahas. Nah, sekarang rasakan sendiri akibatnya bermain dengan api.

Langkah Zaihan semakin panjang. Dan Ridd fikir dia harus segera angkat kaki jika tidak mahu tulang-temulangnya patah riuk dikerjakan oleh Zaihan yang sudah naik minyak itu.


Lantas Ridd segera berpaling ke belakang. Kakinya terpijak pinggir tanah yang rapuh. Lalu beberapa bebola tanah meluncur menuruni jurang yang curam. Ridd tidak sempat hendak berpaut pada pokok, dia terus jatuh berguling-guling ke bawah; melanggar akar dan batu.


No comments:

Post a Comment